Tuesday 9 August 2011

NOTA TENIS.. ( SUKATAN TINGKATAN 4 )


 


*          PERMAINAN : TENIS


Ø  Permainan yang menggunakan raket dan bola yang dimainkan di atas gelanggang
Ø  Dimainkan secara perseorangan atau beregu
Ø  Permainan  ini dimainkan di gelanggang rumput, permukaan keras sintetik, tanah liat dan dalam dewan

Gelanggang Tenis

Ø  Permainan untuk perseorangan adalah 8.23 meter lebar dan 23.77 meter panjang
Ø  Permainan beregu ialah 10.97 meter lebar dan 23.77 meter panjang
Ø  Tebal garisan adalah 5 cm kecuali bahagian belakang terdapat 10 cm

a) Kemahiran Asas Dalam Tenis
               
      Cekak
Ø  Permainan tenis , grip atau cekak raket amat penting
Ø  3 cekak utama , iaitu cekak timuran (eastern grip) , cekak barat (western grip) dan cekak kontinental (continental grip)

Pukulan Pepat
Ø  Ayun balik (backswing) dan tangan pemukul berada di paras pinggang
Ø  Lakukan ayunan ke hadapan (forward swing)
Ø  Ikut lajak. Ketika raket terus menyilang bahu supaya bola bergerak ke arah hadapan atau ke atas



Pukulan Kilas
Ø  Pukulan bahagian bertentangan pukulan tepat belakang raket dilakukan pada bahagian tangan tidak dominon.
Ø  Pukulan kilas satu tangan dan dua tangan.

Pukulan Kilas Satu Tangan
Ø  semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.
Ø  Semasa kontak , tangan diayun keatas dan lutut diluruskan untuk mendapatkan lebih tenaga.
Ø  Selepas kontak , ikut lajak.

Pukulan Kilas Dua Tangan
Ø  Raket diayun ke hadapan dengan lutut diluruskan sedikit untuk mendapatkan daya.
Ø  Semasa kontak dengan bola , lengan dan lutut diluruskan dan raket diayunkan ke atas.
Ø  Selepas kontak , ikut lajak.

Voli
Ø  Menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi mematikan bola.
Ø  Voli tidak memerlukan ayunan balik (back swing)
Ø  Tiga fasa utama dalam melakukan voli iaitu diri sedia , ayunan hadapan dan kontak.

Servis
Ø  Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket (bola hendaklah di lambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu kiri)
Ø  Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola ketinggian maksimum bola menurun dan berada pada aras kontak tertinggi.

Smesy
Ø  raket diayunkan ke belakang. Tangan tidak memegang raket mngimbangi badan. Mata fokus kepada bola.
Ø  Semasa kontak , kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul bola dengan kuat masuk ke gelanggang lawan.

Lob
Ø  ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.
Ø  Selepas kontak , pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak.

Memulakan Perlawanan
Ø  Penservis berdiri di belakang garisan belakang dan memukul bola secara menyilang.
Ø  Permainan tenis tiada had bagi jumlah vet.
Ø  Bola yans tidak melantun atau melantun beberapa kali akan dikira faul.

Kiraan Mata
Ø  Permainan tenis bermula dengan kiraan 0,15,30,40 dan tamat.
Ø  Kiraan mata seri iaitu 40-40 , dius akan berlaku dan permainan diteruskan sehingga  seorang pemain mendapat dua mata berturut-turut.
Ø  Bagi memenangi perlawanan tenis , pemain hendaklah menang 2 daripada 3 set permainan bagi wanita dan 3 daripada 5 set bagi lelaki.

Situasi Yang Memberi Mata Kepada Pihak Lawan
Ø  Memukul bola yang sudah melantun dua kali dalam kawasannya.
Ø  Bola terkena badan atau pakaian pemain kecuali raket yang dipegang,

Etika Di Gelanggang
Ø  Melintas gelanggang apabila sesuatu permainan atau tali tamat.
Ø  Tunggu sehingga penerima sudah bersedia , baru mulakan servis.
Ø  Jangan berkata-kata semasa dalam permainan .
Ø  Berjabat tangan selepas permainan .
Ø  Jangan mengeluarkan kata-kata kurang sopan.

Aspek Keselamatan
Ø  Jangan bermain ketika hujan dan kilat.
Ø  Lap gelanggang jika ada takungan air.
Ø  Minum lebih air jika suasana panas.
Ø  Pakaian kasut dan pakaian sesuai.
Ø  Jangan bergurau di dalam gelanggan














 











No comments:

Post a Comment